"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hos Israel ‘koyak’ kena maki dengan rakyat Indonesia

Utusanonline 
TANGKAP layar permohonan maaf oleh Shai Golden selepas dia melabel rakyat Indonesia sebagai pengganas. - AGENSI
TEL AVIV: Penyampai televisyen Israel, Shai Golden menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Indonesia selepas dia ‘diserang’ netizen dari negara tersebut.

Golden membuat permohonan maaf itu menerusi akaun Tiktok Ashai_golden selepas melabel rakyat Indonesia sebagai pengganas.

Terdahulu, Golden mendakwa rumah keluarganya dipecah masuk beberapa individu tidak dikenali dan memberitahu bahawa pihak berkuasa Israel mengesyaki ia dilakukan oleh ‘pengganas warga Indonesia’.

Berikutan tuduhan tersebut, akaun Instagram Golden dihujani makian dan cemuhan daripada rakyat Indonesia.

“Saya ingin mohon maaf kepada semua rakyat Indonesia dan saya minta anda semua hentikan memaki saya dan keluarga dengan kata-kata kesat dalam akauan Instagram.

“Isteri dan keluarga saya terganggu dengan makian anda semua dan sekali lagi, saya mohon maaf atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Pertempuran antara Hamas dan Israel bersambung semula selepas Israel menolak lanjutan gencatan senjata.

Zionis mendakwa mereka melancarkan serangan ke Gaza selepas menuduh Hamas melancarkan roket ke wilayah mereka.

Ketika ini, pelbagai pihak antarabangsa masih berunding dan berharap dapat melaksanakan sekali lagi gencatan senjata bagi mengelakkan krisis berpanjangan di Gaza.

Tiada ulasan: