"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Datuk Seri' tipu pelaburan teknologi hijau lari ke negara jiran

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang terbabit kes penipuan pelaburan projek teknologi hijau dianggarkan bernilai RM20 bilion sudah melarikan diri ke negara jiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas suspek memperdaya seorang wanita.

"Suspek dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan suspek melarikan menaiki feri di Melaka sebelum ke negara jiran dipercayai untuk bersembunyi di sana bagi mengelak ditahan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dia pernah menetap di Denmark selama 20 tahun dan berkelulusan doktor falsafah (Phd) di universiti di negara terbabit serta mempunyai rakan kerjasama dengan sebuah syarikat peneraju teknologi hijau di Denmark.

Itu helah seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang mendakwa syarikatnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan untuk menarik pelabur dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Malah, bagi meyakinkan mangsa, dia bersama beberapa rakannya menubuhkan beberapa syarikat berasingan selain melantik seorang pensyarah kanan wanita dari universiti awam (UA) berusia 40-an yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sebagai penasihat syarikat serta mencari orang ramai yang ingin melabur dalam projek pembangunan bandar teknologi hijau di Raub, Pahang dan KXP Kulim, Kedah.

Bagi meyakinkan pelabur, lelaki itu bersama rakan kongsinya termasuk pensyarah terbabit akan membentangkan kertas kerja berkaitan projek terbabit yang dianggarkan bernilai RM20 bilion.

Tiada ulasan: