"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MACAM MANA NAK HENTIKAN KERETA BILA BREK ROSAK?

Muhammad Husaini Mukhtar

Kegagalan brek semasa memandu merupakan antara perkara paling ditakuti pemandu lebih-lebih lagi jika kereta sedang dipandu dengan laju. Ia mungkin berakhir dengan kecelakaan terutama jika pemandu diserang panic dan gagal membuat keputusan dengan tepat.

Memang macam mimpi ngeri la kalau anda sedang memandu dan bila brek ditekan tiada respon diberikan. Ia masih boleh berlaku walaupun teknologi sudah menjadi semakin canggih. Jadi macam mana nak berhenti bila kereta anda berdegil dan tidak mahu berhenti?

Secara ringkasnya anda boleh ikut sahaja langkah-langkah di bawah:

  1. Cuba kekal fokus dan jangan PANIK. Adalah sangat-sangat penting untuk mengawal diri dari PANIK sewaktu memandu.
  2. Cuba aktifkan brek tangan ataupun brek kaki ataupun brek kecemasan pada kereta anda. Lakukan dengan perlahan-lahan dan bukan macam aksi drift dalam video perlumbaan. Gently kata orang Bachok.
  3. Tukar kepada gear yang lebih rendah. Jangan takut kalau enjin mengaum. Itu biasa sebab gear diturunkan secara tiba-tiba.
  4. Kenal pasti kawasan selamat seperti kawasan tepi jalan yang berumput ataupun berpasir untuk menghentikan kereta anda.
  5. Tunggu sehingga kereta berhenti sepenuhnya sebelum keluar dan memanggil bantuan.
Kalau brek gagal teruskan menekan brek berkali-kali dan kekal tenang. Mungkin tekanan brek akan kembali dan kereta anda akan berjaya diperlahankan. Kalau tak berjaya pun pemandu di belakang akan melihat lampu brek anda berkelip-kelip dan mungkin menyedari anda dalam masalah.

Brek pakir seperti brek tangan boleh digunakan secara perlahan-lahan untuk menghentlan kenderaan. Memang zaman sekarang bukan semua kereta ada brek tangan. Ada yang pakai butang ataupun suis. Pada masa yang sama roda stereng mesti dipegang dengan kemas.

Menurunkan gear lebih rendah akan memberi anda fungsi “engine braking” untuk memperlahankan kenderaan anda. Cuma jangan panik kalu enjin mengaum tiba-tiba. Biasa je tu. Enjin akan rosak? Ooo jangan bimbang, enjin rosak jauh lagi baik dari anda terlibat dengan kemalangan.

Jika kesemua langkah di atas kurang berkesan cubalah cari kawasan yang selamat terutama yang berumput ataupun landai untuk keluar dari aliran trafik. Sebaik berjaya berhenti sepenuhnya, anda boleh matikan enjin, keluar dan minta bantuan.

Masalah brek ini bukan hanya berlaku pada kereta lama tapi juga berlaku pada model baharu jika pemilik mengabaikan penyelenggaraan sistem brek. Rajin-rajinlah minta periksa sistem brek kereta anda terutama pad brek, cakera dan takat bendalir. Benda-benda ni boleh periksa sendiri je pun. Tambahan pula tak lama lagi musim perayaan dan ramai yang nak balik kampung untuk tayang kereta besar-besar kat orang kampung. Peace yo.


Sumber Motorbiscuit.com

Tiada ulasan: