"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamal Yunos tetap kena bayar Teresa Kok RM320,000 setelah gagal di Mahkamah Rayuan

RM320,000 Jamal Yunos kena bayar Teresa Kok
K PRAGALATH

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan yang dibuat oleh ketua Umno bahagian Sungai Besar Jamal Yunos dalam kes beliau terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

“Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membayar ganti rugi RM300,000 kepada anak guam saya kerana fitnah telah ditolak. Rayuan ditolak dengan kos sebanyak RM20,000,” kata peguam Kok, Datuk SN Nair.

“Kami juga telah mendapatkan arahan agar wang tersebut dibayar kepada responden pada kadar segera,” tambah beliau.

Beliau turut mengesahkan bahawa beliau telah menerima gantirugi RM300,000 daripada Jamal bagi pihak anak guamnya.

Keputusan ini dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian, Datuk Azman Abdullah dan Wong Kian Kheong.

Pada tahun lalu Jamal berjaya mendapatkan perintah untuk melewatkan pembayaran ganti rugi RM300,000 ekoran kes saman fitnah yang difailkan Kok terhadapnya. Pembayaran itu dilewatkan atas alasan rayuan yang difailkan oleh Jamal.

Jamal telah memfitnah bahawa Kok menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor pada tahun 2017. Ketika itu Kok juga exco kanan dalam kerajaan Selangor.

Kok turut memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal apabila Jamal gagal melunaskan pembayaran tersebut.

Tiada ulasan: