"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tunggang motosikal dalam masjid

KOSMO
Lelaki tersebut mengangkut kotak air mineral di dalam masjid. – TikTok
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan  seorang lelaki menunggang sebuah  motosikal berkuasa elektrik di dalam masjid, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, motosikal dinaiki lelaki tersebut dilihat melalui ruang solat yang tidak mempunyai jemaah ketika itu.

Menurut perakam video tersebut, Aify, dia ketika itu sedang berehat di dalam masjid di wilayah Kalimantan Selatan itu setelah menunaikan solat zuhur.

Tiba-tiba, lelaki berkenaan muncul dengan menunggang motosikal, membuatkan Aify keliru melihat situasi tersebut.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat orang menunggang motosikal di dalam masjid,” katanya.

Tambah Aify, selepas diselidik, dia mendapat tahu bahawa motosikal tersebut sememangnya digunakan untuk mengangkut kotak air mineral dan pelbagai barangan berat lain.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Lebih baik pakai troli kerana lebih banyak fungsi, elok dipandang dan murah untuk mengangkut barang. Namun, ia terpulang kepada pihak pengurusan masjid. Mungkin ia mahu dilihat lebih unik,” kata seorang netizen.

“Mohon izin menjawab. Motosikal itu memang digunakan khusus di dalam masjid sahaja. Ia tidak dibawa ke luar dan digunakan untuk mengangkat kotak air mineral,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tiada ulasan: