"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mekanik ditahan disyaki lakukan khianat terhadap kereta ADUN

Bernama 
Cermin sebelah kiri kereta jenis Nissan Grand Livina retak dipercayai akibat perbuatan khianat. Foto YB Peghelih
Cermin sebelah kiri kereta jenis Nissan Grand Livina retak dipercayai akibat perbuatan khianat. Foto YB Peghelih
KANGAR - Polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling sehingga mengalami keretakan cermin hadapan dan kemek fender hadapan kereta itu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 36 tahun itu yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal di sini kira-kira jam 4 petang tadi.

"Motif masih dalam siasatan. Polis turut merampas satu bata berwarna merah dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ini, sebuah motosikal Honda Wave warna merah, sebuah helmet berwarna putih dan satu bingkai gambar berwarna merah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengenai kejadian khianat itu, Yusharifuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ADUN berkenaan pada jam 9.22 pagi tadi setelah keretanya jenis Nissan Grand Livina retak pada cermin sebelah kiri pemandu manakala sebuah lagi kereta jenis Toyota Altis kemik pada bahagian fender sebelah kanan pemandu.

Dalam pada itu, Ay Ling, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis, memberitahu media bahawa kejadian berlaku pada jam 2.40 pagi ketika beliau berada di rumah dan terdengar bunyi hempasan pada kereta yang diletakkan di parkir halaman rumahnya.

Sebelum keluar dari rumahnya untuk melakukan pemeriksaan, katanya, beliau terdengar bunyi motosikal tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu. - Bernama

Tiada ulasan: