"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM reman pengarah negeri terbabit rasuah RM1.18 juta

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my

Alor Setar: Seorang pengarah agensi penguat kuasa negeri direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan kapal.

Perintah reman selama sehari bermula hari ini, ke atas suspek berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Siti Noor Hasliza Md Ali selepas mendapat permohonan yang dibuat SPRM.

Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi melakukan kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18juta membabitkan sebuah syarikat.

Katanya, suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 5 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek dan memaklumkan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM turut menahan reman empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah logistik agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal agensi penguat kuasa antara Julai hingga November 2020.

Tiada ulasan: