"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis Keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan

Bernama-Anadolu
DUTA Palestin ke PBB Riyad Mansour berucap kepada Majlis Keselamatan di Ibu pejabat PBB di New York City, pada Isnin, menuntut gencatan senjata segera. FOTO Reuters
DUTA Palestin ke PBB Riyad Mansour berucap kepada Majlis Keselamatan di Ibu pejabat PBB di New York City, pada Isnin, menuntut gencatan senjata segera. FOTO Reuters
Washington: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima satu resolusi meminta satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk bulan Ramadan dilaksanakan.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Ia juga meminta supaya pembebasan segera tanpa syarat semua tawanan, dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan kemanusiaan dan perubatan.

Resolusi itu mensyaratkan pihak berkenaan supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa terhadap individu yang mereka tawan.

Ia juga menekankan keperluan segera kedua-dua aspek iaitu meluaskan aliran masuk bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dan memperkukuhkan perlindungan kepada orang awam.

Resolusi itu turut mengulangi permintaan supaya segala halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza pada skala besar dimansuhkan dengan segera, menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.

Tiada ulasan: