"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelanggan pub maut selepas kena tumpukan padu

NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMAN

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan apabila melepaskan satu tumbukan padu ke muka pelanggan sebuah pub hingga mengakibatkan mangsa maut dalam kejadian di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sahrulnizam Jaafar @ Ismail kejadian pada pukul 1 pagi itu berlaku apabila kedua-dua individu itu berselisih faham selepas berlaga bahu di dalam pub tersebut.

Katanya, berang dengan situasi itu, suspek berusia lingkungan 40-an tersebut telah melepaskan tumbukan hingga mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis yang menerima maklumat kemudian telah bergegas ke lokasi kejadian lalu menahan suspek. Bedah siasat mendapati mangsa cedera pada kepala akibat ditumbuk.

“Selain suspek, kita turut menahan rakan mangsa yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Suspek kini direman sehingga 29 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: