"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Sanusi, hang memang berdosa pasal 9 bulan gaji tertunggak”

SITI NUR ZAWANI

Umno Sungai Petani menempelak seorang ahli Parlimen Pas yang mendakwa kerajaan negeri Kedah terpaksa ‘mencuci dosa’ kerajaan lama sehingga perlu menangung masalah anak syarikat Menteri Besar Incorporated iaitu Kedah Agro Holdings.

Ketuanya, Datuk Shahahim Mohamad Yusoff berkata, yang berdosa sebenarnya adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana gagal melunaskan gaji kakitangannya selama 9 bulan.

Beliau turut membandingkan dengan tiga pentadbiran Menteri Besar terdahulu yang tidak pernah culas membayar gaji pekerjanya.

“Baru-baru ini ada satu ahli berhormati dari ahli Parlimen Pas, dia sebut Kedah Agro Holdings ini dosa orang-orang lama yang terpaksa dicuci oleh kerajaan negeri.

“Daripada arwah Syed Razak Syed Zain, Arwah Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semua berusaha bantu bayar gaji, cari jalan.

“Bila mai dekat Sanusi, dia yang tak bayar gaji 9 bulan siapa yang berdosa? Menteri Besar lepas semua bayar.

“Sepanjang yang saya tahulah, orang-orang lama yang jadi Menteri Besar bertanggungjawab cari jalan usaha bayar gaji,” katanya.

Sebelum ini ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa, masalah Kedah Agro Holdings kini terpaksa ditanggung kerajaan negeri Kedah sedangkan ia berlaku di bawah pentadbiran kerajaan lain.

Sanusi pula pada semalam mengibaratkan anak syarikat MBI itu umpama lintah apabila tidak mampu menjana pendapatan sendiri.

“Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah,” katanya.

Mengulas lanjut Shahahim berkata, Sanusi telah mengabaikan kebajikan pekerjanya apabila membeli kereta rasmi baharu bernilai lebih RM400,000 susulan tular foto kereta jenama Hyundai Palisade.

“Sanusi hang memang berdosa pasal (gaji tertunggak) bukan 2,3 bulan tetapi 9 bulan.

“Tup tup dia beli kereta pula dah RM400,000. Tunggakan 9 bulan ini adalah RM560,000. Dia pi beli kereta RM400k, di mana keprihatinan, kasih sayang seorang pemimpin kepada 24 kakitangan Kedah Agro Holdings?,” soalnya lagi.

Tiada ulasan: