"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes artis veteran pukul abang ipar: 'Ya, Shidee yang ditahan' - Pengurus

Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Shidee
Shidee
Kuala Lumpur : "Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam," kata pengurus peribadi kepada penyanyi popular era 1980-an, Shidee iaitu Efeendy R Azmi mengesahkan mengenai penahanan penyanyi itu yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Efeendy ketika dihubungi berkata, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung penahanan Shidee.

"Saya mohon maaf. Sekarang ini saya berada di Thailand untuk urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis," katanya.

Menurut Fendy, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tangkapan yang dibuat ke atas penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu.

"Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu,"katanya.

Terdahulu, polis menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi itu direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan kejadian berlaku di rumah ibu mentua suspek dan mereka sudah beberapa kali bergaduh sebelum ini akibat perselisihan faham keluarga namun kali ini lebih teruk.

Tiada ulasan: