"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelang PRU16: Umno dengan krisis Negeri Sembilan

Mohsin Abdullah

Umno induk tidak boleh lepas tangan and walk away from Negeri Sembilan.

Bolehkah Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dilihat telah mengambil langkah direct confrontation terhadap rajanya yakni Yang Dipertuan Besar?

Jika boleh, maknanya krisis Negeri Sembilan yang sudah berlarutan menuju tahap lebih serius, lebih rumit, lebih parah. Mungkin sudah pun begitu keadaannya.

Tetapi adakah Ismail memang telah ambil langkah ‘pertentangan terbuka’ terhadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir in the first place? It certainly looks so.

Imbau apa yang berlaku sehari dua ini. Pada Ahad 20 Sept lalu kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Azizi Mohamad Ali memaklumkan Yang Dipertuan Besar membatalkan pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa serta-merta.

Pada Isnin 21 Sept, menteri besar pula keluarkan kenyataan memberitahu “semua exco kerajaan Negeri Sembilan sedia ada adalah sah dan akan menjalankan tugas masing-masing seperti biasa”.

Kenyataan menteri besar sekali gus menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Yang Dipertuan Besar. Bak kata tajuk laporan Malaysiakini “N Sembilan MB rejects Tuanku Muhriz’s firing of excos”.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana, keputusan Yang Dipertuan Besar dibuat setelah mendapati semua 10 exco terbabit memungkir sumpah jawatan. Umum tahu mereka mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum dilantik sebagai exco. Namun umum juga tahu pada 15 Sept mereka membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar adalah sah.

Ahli exco juga mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu berkuat kuasa serta-merta. Dengan berbuat demikian pihak istana melihat mereka memungkiri sumpah setia.

Menteri besar menyifatkan tindakan melucutkan jawatan barisan exco ‘tidak berperlembagaan’. Pihak istana pula menyatakan tindakan berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang ada memperuntukkan seseorang ahli MMKN memegang jawatan selagi diperkenan Yang Dipertuan Besar.

Apa pun, jujur saya katakan apabila Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan barisan exco negeri, anggapan saya ialah Yang Dipertuan Besar akhirnya telah stamped his foot setelah sekian lama berdiam diri. Menerusi tindakan itu, Yang Dipertuan Besar memberitahu semua pihak yang mengganggu-gugat pemerintahan dan memaksanya turun takhta bahawa enough is enough.

Dengan itu, pada hemat saya (sebenarnya harapan saya) krisis Negeri Sembilan akan ditamatkan.

Perlu dinyatakan juga kebelakangan ini pendirian menteri besar yang berubah-ubah tidak membantu menyelesaikan masalah, malah merumitkan. Tidak perlulah saya huraikan flip-flop yang dilakukan atas dua sebab. Satu, ramai sudah tahu. Dua, ceritanya panjang dan akan buat artikel berjela-jela.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan selain institusi adat, Umno yakni parti menteri besar juga pemain utama krisis ini.

Ingat 27 April lalu? Hari itu Umno Negeri Sembilan menarik balik sokongan terhadap Aminuddin Harun sebagai menteri besar sambil mendakwa tidak puas hati terhadap cara beliau mengendalikan pertikaian para undang dan pemerintah. Kemelut undang tercetus tahun sebelumnya.

Adun Umno merancang bentuk kerajaan negeri yang baharu dengan sokongan PAS-Perikatan Nasional ala tebuk atap. Namun Tuanku Muhriz dilapor enggan menerima menghadap Umno.

Sebaliknya, Aminuddin ditugaskan oleh pemerintah untuk mengetuai kerajaan minoriti. Memendekkan cerita yang panjang beliau terpaksa juga bubar DUN dengan perkenan Tuanku Muhriz untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Umno bekerjasama dengan PAS. Naratif mereka: kerajaan pimpinan Aminuddin gagal menangani krisis istana dan tidak boleh diharapkan untuk mempertahan institusi raja. Juga dimainkan ialah politik identiti. Umno menang pilihan raya yang diadakan 1 Ogos lalu lantas bentuk kerajaan.

Pada 17 Sept lalu bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dipetik portal The Vibes mengutarakan pertanyaan sama ada Umno Negeri Sembilan sedang dilanda internal split berikutan kontroversi berhubung proklamasi berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar.

“Adakah benar wujud dua puak dalam Umno Negeri Sembilan?” tanya Puad. Beliau tidak menyebut nama sesiapa. Bagi saya mungkin beliau merujuk desas-desus bahawa Umno Negeri Sembilan sebenarnya mahu Jalaluddin Alias sebagai menteri besar, dan bukannya Ismail. Jalaluddin ialah watak utama dalam gerakan tarik sokongan terhadap Aminuddin.

Puad juga dipetik berkata, perkembangan krisis Negeri Sembilan memalukan Umno kerana pengundi telah memberi mandat kuat untuk mendirikan sebuah kerajaan yang stabil.

Oleh itu saya terkejut apabila Presiden Umno Zahid Hamidi dipetik Malaysiakini 9 Sept lalu berkata, “sebaik mungkin kita tidak akan mengotorkan tangan untuk menyantuni situasi di Negeri Sembilan”.

Saya ulangi gerakan yang akhirnya memaksa PRN diadakan dicetuskan Umno Negeri Sembilan. Tidak pasti sama ada Umno induk merestui tindakan itu tetapi Umno Negeri Sembilan sebahagian Umno. Masalah Umno Negeri Sembilan ialah masalah Umno induk juga.

Apa lagi dalam kalangan 14 Adun Umno Negeri Sembilan yang tarik sokongan terhadap Aminuddin dulu ialah Mohamad Hasan, timbalan Zahid sendiri. Gadang dalam parti.

Diakui Zahid ada mengadakan pertemuan dengan Ismail semasa Perhimpunan Agung Umno berlangsung tempoh hari. Pasti bincang mengenai krisis dan perkembangan di Negeri Sembilan. Tidak tahu apa hasilnya dan apa perancangannya.

Apa pun yang jelas ialah Umno induk, like it or not, kena ‘kotorkan tangan’ terutama setelah pelantikan exco dilucutkan tetapi tidak diterima menteri besar. Ia tidak boleh lepas tangan and walk away from Negeri Sembilan begitu sahaja.

Tiada ulasan: