MOHD. FAHMI ISMAIL

Antara individu yang diperiksa dalam operasi bersepadu di sebuah premis penyembelihan ayam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA – Seramai 22 individu ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam operasi bersepadu di sebuah premis penyembelihan ayam di Jalan Tun Razak di ibu negara.
Operasi itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) WPKL bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan serta JIM WPKL susulan aduan tular.
KPDN WPKL dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap aspek penyembelihan mengikut syarak dan kebersihan premis.
“Tindakan telah diambil oleh agensi berkaitan, termasuk penahanan 22 individu oleh JIM WPKL serta sitaan berjumlah RM3,800,” menurut kenyataan itu.
Menurut KPDN WPKL, operasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan agensi penguat kuasa dalam memastikan pematuhan undang-undang dan melindungi kepentingan pengguna. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan