"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mampukah Shamsul sahut cabaran Blogger Tukar Tiub

Nazli Ibrahim
Blogger Tukar Tiub (TT) yang sebelum ini memperlihatkan sikap meragui kemampuan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam mengepalai agenda perubahan anak muda baru-baru ini telah melontarkan cabaran terbarunya kepada Shamsul.
Blog Tukar Tiub (TT) yang dikendalikan oleh aktivis bebas terkenal, Hishamuddin Rais merupakan antara blog yang menduduki carta teratas selama beberapa tahun dalam kedudukan blog yang mempunyai capaian tertinggi.

Selain itu, blog tersebut dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya penuh dengan ketidakadilan.

Adakah Shamsul mampu membuktikan bahawa beliau sebagai Ketua AMK yang memiliki aura kekuatan dan pengaruh terhadap anak-anak muda khususnya mereka yang berada di dalam AMK?

Kemampuan pesaing beliau dalam perebutan jawatan Ketua AMK sebelum ini kerap kali terbukti akan kemampuannya menarik sokongan anak muda dari akar umbi dan orang ramai dalam rapat-rapat umum termasuk demonstrasi dan program-program mendekati anak muda yang tersusun.

Kemampuan beliau itu bukanlah hanya terletak kepada aura atau kekuatan pengaruhnya, tetapi yang lebih penting kemampuan beliau mengatur susun gerak kerja, strategi dan menggerakkan jentera untuk memobilisasi anak-anak muda.

Kini, mampukah Shamsul membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin anak muda dalam AMK yang mempunyai aura, kebijaksanaan mengatur strategi dan gerak kerja yang tersusun?

Adakah Shamsul mampu mempamirkan kekuatan AMK untuk menggempur musuh agar digeruni lawan dan memilik pengaruh terhadap anak-anak muda khususnya terhadap golongan akar umbi dalam AMK sendiri?

Kikis persepsi ‘kaki menempel’

Shamsul harus mengikis persepsi bahawa beliau bukanlah seorang anak muda ‘kaki menempel’ pemimpin tertinggi PKR mahu pun anak manja dalam parti itu dengan menunjukkan daya usaha beliau sendiri menggerakkan anak muda tanpa mengharap aura pemimpin tertinggi parti.

Menggerakkan beberapa kerat penyokong yang terdiri dari orang-orang kanannya dalam AMK adalah tidak memadai dan tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda di peringkat akar umbi.

Umumnya tentu setuju bahawa perkara ini tidak wajar dianggap sebagai satu pertandingan atau perbandingan antara Shamsul dengan bekas pesaingnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul bertanggungjawab untuk meneruskan imej yang telah menjadi tradisi AMK selama ini yang dipandang sebagai kumpulan ‘hard core’ anak muda yang sama-sama berhujan, berpanas dan berlumpur dengan anak-anak muda di akar umbi.

Sikap suka ‘menempel’ kepada pemimpin tertinggi PKR akan hanya menyebabkan ketua AMK dipandang berada dalam golongan elit parti itu.

Shamsul harus membuktikan AMK di bawah pimpinannya mampu mengekalkan perbezaan antara AMK dengan anak muda dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pergerakan Pemuda Umno dan pergerakan pemuda lain-lain organisasi.

Jesteru itu, lontaran cabaran TT itu memang tepat pada masanya dan Shamsul tidak harus mempunyai rasa ragu-ragu kemampuan diri untuk menyambut cabaran tersebut.

Pada 9 Januari nanti, satu lagi peluang untuk Shamsul membuktikan bahawa beliau mempunyai keupayaan menarik ribuan anak muda dari akar umbi yang tentunya keupayaan beliau diyakini ramai.

Jika semalam hampir seribu mak cik-mak cik Felda yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad turun berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat Felda walau dengan apa cara sekalipun, bagaimana pula kemampuan Shamsul sebagai ketua AMK yang dianggap sebagai golongan ‘hard core’?

Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah

Mohd Sabri Said
TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.
Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.

"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.

“Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.

Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.

“Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.

"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi.

Terkini!! Keadaan 2 Orang Pembunuh Altantuya Nieh Terjawab!!

Terkini!! Keadaan 2 Orang Pembunuh Altantuya Nieh Terjawab..

Hari tu Sk ada menulis mempersoalkan macamana keadaan 2 orang anggota polis yang telah disabitkan membunuh kejam Altantuya dalam blog Sk Disini.Maka selepas menerbitkan artikel tersebut ,sk mendapat pelbagai email daripada pembaca-pembaca blog Sk yang turut mempersoalkan keadaan 2 anggota polis yang dituduh menbunuh nieh.Hari nih kisah 2 orang bapak polisi yang dituduh membunuh dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah berlegar semula di ruang suratkhabar dan blog dan sekurang-kurangnya menjawab pesoalan Sk baru nieh...Sila baca
Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan. Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.
Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah “penafian dan menyalahkan satu sama lain.”