"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Ustaz Taliban" menang saman RM100 ribu - Utusan Meloyol kantoi lagi!!

Harakah
Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.

Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN.

Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple.

Norazli ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan Pakatan Rakyat.

"Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan tersebut dan ini adalah tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di Perak," katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut.

Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap Fauzi dan Utusan Malaysia berikutan fitnah tersebut.

Bagaimanapun akhbar Umno tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli.

Kata beliau, wang ganti rugi tersebut akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13 yang akan menjelma tidak lama lagi.

Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan.

(Gambar) Kereta JPJ dibakar oleh orang ramai selepas kemalangan 10 kenderaan

Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.

NONETiada kematian dilaporkan setakat ini.
Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu.

"Turun tengok masalah kami"

Ahmad Lutfi Othman
Jam 2 petang, Rabu, 9 Januari, sebaik melintasi jalan di hadapan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUM), Cheras, selepas menjalani rawatan rutin dengan Prof Dr Zamrin Dimon, saya dan isteri agak terperanjat apabila sebuah teksi tiba-tiba berhenti mengejut sambil pemandunya membuka tingkap.

"Sdr Ahmad Lutfi, ya? Ketua Pengarang Harakah?" tanya pemandu, berwajah ceria, mahu kepastian. Apabila saya mengangguk, senyum, beliau terus keluar, meluangkan pintu belakang dan mempelawa saya masuk.

"Saya nak bawa sdr melihat sendiri kawasan perumahan kami. Dan hampir tiga minggu tak ada air. Zalim betul kerajaan. Sdr Lutfi dapat saksikan sendiri susahnya kami," lancar saja dia berbicara.

"Tak jauh pun dari sini, kat Flat Melaka hujung sana, yang penting sdr tengok sendiri ...," tambahnya, separa merayu, sambil tangannya menunjuk ke arah simpang ke Tasik Permaisuri.

Saya berpandangan dengan isteri, Siti Hawa. Kami keletihan selepas menunggu lama tadi. Malah, ada kesilapan kecil semasa mengambil ubat di farmasi menyebabkan terpaksa berulang alik ke klinik yang agak sesak disebabkan dalam proses ubahsuai.

Lagi pula kami baru menapak agak jauh menuju parkir, berdekatan stadium bolasepak dan kompleks renang, dengan isteri menyabarkan bila nampak langkah saya makin perlahan, dibantu tongkat, terutama semasa mendaki: "Bukankah baik berjalan kaki 10,000 langkah sehari? Untuk kesihatan dan kuatkan otot 'kan, seperti nasihat Prof?"

Kebetulan saya belum makan sejak pagi.

"Maaf, saya agak letih, satu pagi di HUKM tadi ... boleh kita atur pertemuan hari lain, saya boleh bawa sekali wartawan dan jurugambar," saya tidak bermaksud sengaja mencari alasan. Panas terik turut membantut stamina saya.

Selepas bertukar nombor telefon, saya rasa lega sambil bertekad cuba membantu sekadar mampu.

Esoknya, pagi Khamis, saya dikejutkan dengan telefon Fazli, pemandu teksi yang saya jumpa semalam, minta pengesahan jam berapa kami boleh sampai Flat Sri Melaka. Kami sampai agak lewat. Agak ramai yang sabar menanti, untuk menceritakan rutin harian yang memenatkan, apatah sebahagian besarnya warga emas.

Saya dimaklumkan ada ibu mengandung lima bulan keguguran naik turun tangga membawa air. Seorang lelaki, dalam usia 60-an, yang duduk di sebelah saya, di bawah wakaf tempat kami berkumpul, menunjukkan kakinya yang bengkak. Nampak beliau sukar berjalan.

Dapat dikesan bahawa penduduk memahami akar masalah sebenar; mereka dapat menyelami dengan baik dan menerima penjelasan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Abd Khalid Ibrahim, yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

"Selagi kita tak tukar kerajaan persekutuan selagi itulah masalah ini tak akan selesai," kata seorang daripadanya, juga pemandu teksi. Kelihatan dia mendapat sokongan daripada rakan-rakannya yang termasuk, termasuk kaum ibu. Dia juga pandai berjenaka.

"Sekarang dah ramai jadi maharaja lawak. Tengok saja alasan Syabas yang mengaitkan hal ini dengan projek Langat 2, 'kan tak masuk akal? Cukuplah melawak," tambahnya.

Bila saya posting isu ini dalam Facebook, ada rakan-rakan sekitar Cheras mencelah: "Kawasan kami lagi teruk, Flat Sri Melaka hanya empat tingkat, kami 16 tingkat, bila lif rosak bayangkan nak angkut air:"

Bukan saja harapan penduduk sekitar kawasan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, yang melangit tinggi terhadap Harakah dan juga Pakatan Rakyat, ramai lagi anggota masyarakat yang diasak pelbagai masalah -- bekalan air hanya siri rentetannya -- amat mengharapkan kesulitan mereka dapat diatasi.

Atau sekurang-kurangnya luahan suara hati mereka didengar dengan jujur dan terbuka.

Ketika saya mencatatkan keluhan wakil penduduk, bukan saja berkaitan masalah bekalan air yang tidak diuruskan secara profsional, juga isu projek pembangunan semula di atas tapak kawasan perumahan Sri Melaka, Sri Johor, Sri Melaka dan Taman Ikan Mas, seorang daripadanya berbisik perlahan:

"Minta Sdr Lutfi sampaikan hajat kami kepada pemimpin Pakatan, khususnya PAS, agar mereka dapat turun melihat kesusahan orang bawah di sini, kalau boleh biarlah Presiden atau Timbalan Presiden PAS sendiri."

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya mendapat mesej jelas, yang menggesa agar pemimpin Pakatan -- di samping mendedahkan isu-isu besar penyelewengan kerajaan BN seperti rasuah dan skandal ekonomi -- segera turun mendekati rakyat.

Kalaupun tidak mampu menawarkan jalan penyelesaian sepenuhnya, mungkin dengan keterbatasan kuasa dan pengaruh, cukuplah untuk menunjukkan keprihatinan dan rasa peduli yang tinggi terhadap kesukaran seharian rakyat.

Semasa sembang-sembang santai dengan seorang pensyarah kanan perubatan HBUKM di ruang menunggu yang sesak, beliau mencadangkan agar Harakah turut memberi tumpuan istimewa kepada isu-isu yang menyentuh rakyat secara langsung, selain menghebahkan kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Ramai lagi yang terpengaruh dengan TV3 dan Utusan Malaysia. Dekati mereka, sampaikan maklumat dengan jelas dan jangan lari daripada fokus utama. Usah layan sangat isu-isu yang sengaja dicetuskan untuk memalingkan perhatian rakyat," tambahnya.

"Orang sekarang mahukan fakta, bukan retorik. Tunjukkan apa yang rakyat dapat jika Pakatan memerintah, misalnya ramai menunggu, betulkah harga kereta akan turun kalau BN kalah?

"Jadi, kualiti calon Pakatan amat penting. Rakyat mahu wakil mereka yang mudah didekati, tidak sombong, sedia turun selesai masalah, ringan tulang, amanah dengan kepercayaan pengundi," ujarnya sambil menekankan agar Harakah dapat menjawab segala tohmahan media terutama berkaitan kepentingan Melayu-Islam.

Segera saya teringat komen seorang sarjana sains politik: "Ramai juga saya perhatikan rekod kerja wakil rakyat Pakatan yang tidak menyerlah. Malah ada yang takut berjumpa rakyat, bimbang tak dapat dipenuhi hasrat pengundi. Nasib baik gelombang sekarang mahukan perubahan, dan rakyat tak kisah dengan kelemahan Pakatan. Tapi cukupkah bersandarkan trend semasa itu?"

(Semasa saya menyiapkan artikel ini, SMS rakan saya, seorang wartawan penyiaran, memaklumkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, akan turut mengagihkan bekalan air minuman kepada penghuni Flat Sri Melaka, petang Jumaat, 11 Januari 2013)