"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Itu pandangan peribadi Kadar...'

Ketua Umno bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah menyifatkan tindakan ahli jawatankuasanya, Datuk Kadar Sulaiman yang menggesa agar pemilihan dan persidangan Umno hujung bulan ini ditangguhkan adalah "lebih bersifat peribadi dan ia tidak pernah dirujuk kepada bahagian".

"Ia bukan tindakan bahagian tetapi lebih kepada bersifat peribadi. Ia tidak melalui bahagian," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

umno mazlan haron kadar sulaiman pc money politics 030309 04                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Beliau mengulaskenyataan Kadar yang juga perwakilan Umno Muar dan bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang pemilihan dan persidangan Umno jika gesaan mereka diabaikan.

Mereka menggesa ia ditangguhkan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Mereka juga dilaporkan mempertikaikan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa siasatan 45 aduan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM mendapat tiada bukti kukuh

Kadar juga dilaporkan berkata, tiada maklum balas positif teradap laporan mereka kepada SPRM (dulu dikenali BPR) pada 4 September lalu, berhubung dakwaan politik wang dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak dan mereka juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan.

Terserah pada parti


Mengulas lanjut, Mohd Ismail berkata, sidang media mereka di sebuah hotel di Damansara semalam, berhubung aduan mereka kepada SPRM, adalah tindakan peribadinya.

"Itu hak individu... Saya tak boleh komen," katanya.

Ekoran itu, katanya, bahagian tidak boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Kadar, yang merupakan anak bekas pengerusi tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah.

Sebaliknya, kata Mohd Ismail, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan bentuk tindakan terhadap mereka.

Sementara itu, Pemuda Umno Selangor berkata, gesaan Kadar dan Mazlan itu perlu ditolak dan menganggapnya sebagai 'tidak rasional'.

'Utamakan parti'

abdul syukur idrus pemuda umno selangor"Saya menganggap semua laporan SPRM dan Jawatankuasa Disiplin Umno telah dikaji dan tiada unsur politik wang," kata Ketuanya, Abdul Syukur Idrus ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau yang juga ketua Umno Selayang, menggesa pucuk pimpinan parti agar tidak melayan karenah kedua-dua pemimpin tersebut.

Sebaliknya, beliau menggesa agar pucuk pimpinan meneruskan pemilihan dan perhimpunan tahunan itu kerana persiapan rapi telah dibuat.

"Jangan kerana dua pemimpin ini, rosak semua perjalanan pemilihan dan persidangan.

"Pucuk pimpinan hendak meneruskan persidangan dan kita bukan nak jaga karenah dua orang ini," kata beliau yang juga wakil rakyat Kuang.

Beliau turut menasihatkan Kadar dan Mazlan supaya mendahulukan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi dalam apa juga tindakan mereka.                                                                    -malaysiakini-

Tiada ulasan: