"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis Raja-raja tuntut imuniti dikembalikan

 ALOR SETAR: Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi.

"Kalau imuniti rajaraja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di sini hari ini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai.

Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

"Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: