"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sokong cadangan Zaid, lihat Nik Aziz ikon penyatuan kaum / Nizar / PKFZ /Altantuya

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 15 Nov:
Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, menyambut baik cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pengerusi pertama bagi Pakatan Rakyat.

Menurut ketua penerangannya, Hajjah Nor Hashimah Deraman, perlantikan Nik Aziz dilihat sangat bertepatan kerana beliau merupakan seorang tokoh penyatuan kaum di negara ini.

Ianya dapat di nilai sepanjang 20 tahun menjadi Menteri besar Kelantan dan mentadbir rakyat negeri itu tanpa tercetus sebarang ketegangan kaum.

Kepribadian beliau juga disenangi bukan sahaja oleh orang Melayu Islam, malah pelbagai kaum lagi di negeri ini termasuk Cina , India dan Siam.

“Saya amat menyokong penuh saranan tersebut dan berharap Tuan Guru dapat menerimanya dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya dalam penyatuan kaum di negara ini” katanya.

“Keperibadian dan ketokohan beliau sudah terbukti dan tiada salahnya mengambil beliau sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Pertama,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian Abdul Rahman Yunus berkata, walaupun terdapat ramai tokoh dalam Pakatan Rakyat yang mampu menjadi pemimpin namun pada masa kini Nik Aziz dilihat amat menonjol sering kali dijadikan ikon penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

“Kami, PAS Kawasan Kubang Kerian menyokong penuh saranan Zaid Ibrahim dan diharap ia akan menjadi kenyataan sebagai pemimpin pertama Pakatan Rakyat bila ia diluluskan nanti,” kata beliau.

“Saya juga berharap pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat tidak menjadikan saranan Zaid tersebut sebagai mainan politik semata-mata dan di sinilah ujian pertama terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri”ujar beliau lagi.

Bagi Pegawai Khas Wakil Masyarakat India Kelantan, Tharuman a/l Arjunan pula berkata pada masa kini hanya Mursyidul Am PAS itu sahaja yang boleh menjadi Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat diterima semua kaum.

“Kami amat gembira sekiranya beliau dipilih oleh pimpinan Pakatan Rakyat kerana ketokohan beliau boleh disamakan dengan Mahatma Ghandi”ujar beliau.

Penyertaan masyarakat India di dalam Kelab Penyokong PAS adalah juga berkaitan dengan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan yang begitu perihatin terhadap pelbagai masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan: