"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Strategi Anwar Jejaskan Peluang Pakatan Rakyat , Langkah Sudah Silap …. / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

professor

Kalau benar seperti kata dan kenyataan Zulkifli Nordin dalam blognya, iaitu Anwar mula untuk menyerang Najib, bermula dari sekarang hingga PRU 13 nanti,rasanya tindakan ini bukan lah 100% tepat.

Sudah habis fikir kah team ‘think tank’ Anwar? Sudah jadi beku kah otak semua penasihat Anwar kini? Sudah habis idea kah?

Apa yang dikuatiri dan takut2, dalam keadaan semua orang seronok membelasah Najib dan team UMNO/BN, ianya menjadi senjata makan tuan, yang boleh mencederakan Pakatan Rakyat dan akhirnya menjejaskan peluang untuk menawan Putrajaya, yang masih jauh lagi perjalanannya.

Apa yang perlu difokuskan ialah, 75% dari masa, aktiviti dan program serta tindakan selepas ini harus perlu menonjolkan kebaikan pemimpin PR, kebaikan PR, program–program PR, dan seumpamanya.

Jadi mungkin hanya sebanyak 25% dari masa, aktiviti, program dan tindakan perlu ditonjolkan keburukan Najib, UMNO/BN Perlu ditumpukan apakah tawaran PR kepada rakyat, bermula dari sekarang.

Bentangkan ‘blue print’, perancangan, cadangan dan projek–projek untuk rakyat nilai dan berikan perakuan.

Tidak perlulah takut, kalau2 ianya diceduk oleh Najib dan team UMNO/BN nya.

Akhirnya rakyat juga yang menilai dan keputusan muktamad terletak di tangan pengundi.

Perlu ada dan harus bermula dari sekarang sehingga 24 bulan akan datang atau sehingga datangnya PRU 13 nanti, penonjolan secara ketara, konsisten, dan berkala nilai–nilai positif dan keperibadian serta akhlak mulia dan terpuji, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada kumpulan-kumpulan sasaran, iaitu golongan anak muda, orang–orang bukan Melayu, Cina dan India dan lain–lainnya, serta kumpulan pengundi atas pagar.

Tokoh–tokoh utama, pemimpin–pemimpin utama di peringkat negara, negeri, dan daerah perlu dihebah–hebahkan secara berterusan, mindanya, pemikirannya, akhlaknya, wawasannya dan ketokohannya.

Harus perlu diingat, masih ramai lagi dikalangan pengundi-pengundi dari kumpulan sasaran tadi yang belum lagi mengenali secara dekat tokoh–tokoh, seperti TGNA, TGHH, DSAI, LKS, LGE dan lain–lainnya.

Sekiranya perlu dibuat satu siri dokumentari, Siri penulisan, dalam bentuk video dan sebagainya, maka tempoh 24 bulan ini dikira masih belum terlambat untuk dimulakan dari hari ini.

Adakah pimpinan di peringkat pengurusan 3 komponen utama PR ini masih tidur? Ayuh, cepat dan lekas lah bangkit, bangun lah dari tidur. Jadi, sekiranya ada dikalangan peminat blog ini, yang ada hubungan langsung dengan pimpinan di atas sana, elok panjangkan.

Katakan, walaupun pahit, strategi menyerang ada baiknya, tetapi dalam keadaan semua orang susah kini, ekonomi tenat, pemikiran kebanyakan orang sudah tidak berapa waras, dan ketika ini kita hidangkan cerita–cerita keburukan orang, iaitu Najib dan team UMNO/BN nya, sangat dikhuatiri sekali, ianya menjadikan orang tambah marah dan benci kepada PR. Kan susah nanti.

Rakyat terbanyak rasanya lebih menginginkan supaya PR menghebahkan kebaikan–kebaikan tokoh–tokohnya dan juga apakah tawaran–tawaran untuk rakyat untuk 24 bulan akan datang dan seterusnya.

Jangan pedulikan berita ini SATU, DUA, TIGA & EMPAT, cuma perlu lebih berhati–hati menilai motif sebenarnya, takut2 ia jadi umpan yang lazat, supaya PR jadi lebih gelojoh dan lahap, tanpa menyedari adanya mata kail di dalamnya.

Tiada ulasan: