Kalau ikut telahan dan pendapat Zaid Ibrahim TGNA layak dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia, ya
Masakan , kalau PR lemah , ianya diserang dari semua penjuru.
Dek kerana PR makin kuat dan mantap lah serangan bertali arus , dengan pelbagai isu dimainkan oleh media UMNO/BN kini.
Penat sungguh pekerja – pekerja UMNO/BN di bahagian IT, ICT dan media nya kini.
Apa yang perlu dibuat lagi oleh PR dalam masa 24 bulan ini , menjelang PRU 13 ialah , bermula dari sekarang ialah konsep PR mesti digerakkan sehingga ke peringkat unit terkecil , iaitu Pusat Pembuangan Undi/PPU.
Semua parti PAS , PKR & DAP , di mana yang berkaitan , perlu menggerakkan dan mengaktifkan aktiviti setempat bagi setiap PPU.
Ini adalah unit asas kepada satu aktiviti.
DOWN - TOP STRATEGY
Elok dibuat strategi DOWN TO TOP, walaupun selama ini dipraktikkan TOP TO DOWN STRATEGY.
Sebenarnya , banyak idea – idea bernas dan gila- gila ada di bawah. Idea – idea ini lebih baik digunakan , kerana ia adalah reality setempat.
Berbanding dengan TOP TO DOWN STRATEGY , dimana kebiasaannya pimpinan tertinggi banyak membuat andaian sahaja , bukan berdasarkan kepada reality setempat.
Kumpul lah reality setempat. Keperluan setempat. Kehendak setempat. Cita rasa setempat. Boleh lah dicuba , sekiranya dirasakan ada kebaikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan