"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah! Kedah Catat Peningkatan Dalam Pendapatan Tahunan / Nizar /PKFZ

charlie
Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan Undangan Negeri Kedah semalam bahawa negeri Kedah mencatat pelaburan kelima tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos 2009, sementara industri pelancongan mencatatkan kemasukan pelancong sehingga 3.8 juta orang berbanding 3 juta pada 2006 dan ianya dijangka terus meningkat 4 juta pada tahun 2010.

Beliau berkata demikian pada Sidang Bajet 2010.

Menurut menteri Besar lagi, kadar kemiskinan tegar telah berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus manakala pendapatan isirumah meningkat dari RM2,126 kepada RM2,2408 dan kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus. Ini adalah berkat pengurusan yang cekap dan rapi oleh pejabat-pejabat tanah di Kedah selain dari usaha-usaha penguatkuasaan yang cekap dan berterusan.

Peningkatan pendapatan daripad hasil bahan batuan meningkat sebanyak RM19 juta manakala hasil balak mencatatkan kenaikan daripada RM8 juta setahun kepada 35 juta pada tahun 2009 kerana polisi tender terbuka dan telus selain tiadanya amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: