"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GEMPAR!!! Krn Politik UMNO Seluruh AJK Syarak Surau/Masjid An Nanjihin Letak Jaw

Angkasanuri
Selepas solat Jumaat sebentar tadi, Imam 1, Imam 2,Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Kenyataan itu dibacakan oleh Imam Shuib selaku Imam 1 di hadapan kira-kira 1000 jemaah jemaah yang hadir selepas Solat Jumaat. Menurut beliau peletakan jawatan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.

Namun, semua jemaah tahu bahawa surau An Najihin yang digunakan untuk solat Jumaat mengetahui campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh Bilal 1 yang juga pengerusi surau iatu orang kuat Umno yang selama ini melobi diri sendiri untuk jawatan berkenaan. Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK Umno yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan. Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat pada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka. Timbul tanda tanya siapa yang akan menjadi imam dan jawatankuasa syarak selepas ini memandangkan Imam 1 dan lain-lainnya cukup disenangi penduduk dan kariah serta telah lebih 9 tahun berkhidmat di surau berkenaan. Selepas ini saya yakin surau berkenaan yang sering imarah dengan pelbagai aktiviti akan dipinggirkan oleh majoriti penduduk setempat yang kurang senang dengan campur tangan politik Umno yang gila kuasa di situ.

Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.

http://angkasanuri.blogspot.com/

Tiada ulasan: