"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyakit kelaminnya kronik, tapi dok melalak panggil orang tiduri dia


Penarik beca
Mula-mula saya baca berita Harakah bertajuk "Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP". Terpaksalah jenguk laman web Utusan Malaysia. Jumpalah rencana Tan Sri Dr Nordin Kardi yang jenuh saya dengar orang panggil dia professor kangkung. Rencana tu bertajuk "Mustahil DAP menjadi Barisan Nasional?"

Teringat saya hakikat bahawa isi kandungan dan arah pemberitaan dan pencetusan isu Utusan ditentukan oleh Biro Politik Umno. Lihat berita bertajuk "
Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata".

Bila cetusan Mamat yang ramai sunguh orang panggil professor kangkung tu mendapat tempat dalam Utusan, adakah itu tandanya Umno sedang merenyam sakan kat DAP pulak? Umno merenyam kat PAS dah lama saya dengar. Dalam PAS pun orang kata ada beberapa orang gila yang merenyam sangat kat Umno. Hebohnya begitulah.

Saya bukan nak ulas benda tu. Tak payah ulas. Kalau parti mana pun yang nak melayan merenyam Umno dan saling nak merenyam dengan Umno, itu depa punya fasal. Kerja kita sebagai rakyat yang benci Umno tetap tak berubah. Kita tetap lawan Umno. Kita nak mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan menjauhi taghut.

Tak nak ulas, saya cuma nak cerita yang saya teringat komen di bawah rencana bertajuk "Umno-PAS link may come at a price" di dalam Malaysia Today . Cuba pi baca komen nombor lapan di bawah rencana itu oleh pengkomen yang memakai nama "Ray" (May 12, 2011 10:16:00). Saya malas nak copy and paste. Pi baca sendirilah. 
Klik sini.

Tiada ulasan: