"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konsert Di Felda Cemari Kemuliaan Ramdhan

BOESTAMAM SARI
“WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anakpinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah- Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munaafiquun, ayat 9)

Di bawah Umno dan Barisan Nasional, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hiburan yang melalaikan. Ia menjadi lebih penting sebab kita berdepan dengan kelalaian ini pada bulan Ramadan

Kehadiran agamawan Umno tidak menunjukkan bekas dan tanda-tanda bahawa parti itu menjadi semakin bertambah baik dan pulih, sebalik faham-faham kesesatan turut terbenam serta mereka (kelompok agamawan itu pun seolah-olah menjadi terus hanyut di dalamnya).

Demikianlah apabila seorang rakan dari Pahang meluahkan kemusykilannya mengenai nasib dan masa depan penduduk di Bera baru-baru ini. Katanya, ada fun-fair dan konsert.

"Apa nak jadi dengan ahli Parlimen Bera? Nama dia Melayu. Dia beragama Islam tetapi tak habis-habis membawa masuk hiburan dan maksiat ke daerah itu," dakwa beliau.

Menurut ceritanya, kira-kira bulan lepas (Julai?) ada Fiesta Bera yang diadakan. Dan baru-baru ini, kata beliau lagi, akan ada satu lagi fun fair. Khabarnya, ia adalah Fun Fair Aidilfitri.

Acara 'lagha' tersebut dikatakan disusun pada ketika umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan ini. Jarak tempat fun fair itu khabarnya berdekatan pejabat Ismail Sabri, Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan Masjid Daerah.

“Apakah ini melambangkan syiar Islam? Kita tahulah anak dia artis Akademi Fantasia. Tetapi, janganlah sampai bawa masuk hiburan demi hiburan yang tidak membawa manusia memikirkan akhirat.

“Paling penting lagi, kenapa masih ada lagi orang Melayu Islam yang tergamak memilih beliau sebagai wakil rakyat?” kata rakan itu, melantunkan buah fikirannya dalam Facebook.

Ini baru satu cerita di Bera, belum masuk lagi dengan acara televisyen yang melalaikan menjelang Aidilfitri nanti. Tahun lalu, stesen penyiaran kita semakin galak dan ghairah menyiarkan kisah-kisah seram!

Ada genre seram baru diperkenalkan seperti komedi seram dan ada pula yang betul-betul seram.

Tapi, kita perlu adil juga dalam penilaian. Kita perlu akui bahawa di sana, ada juga inisiatif RTM menerbitkan rancangan Turath Ulama dan Bicara Surah melibatkan artis, termasuk Jejak Rasul TV3 dan Syahadah.

Namun, kita kena adil juga bahawa ini semua bukan hasil cetusan pemikiran Umno, sebaliknya, usaha golongan-golongan pekerja tertentu dalam RTM dan TV3 itu sendiri yang punya asas kesedaran agama yang tinggi juga.

Namun, oleh sebab mereka bukannya menteri, maka usaha pemulihan TV ini tidaklah boleh dilaksanakan secara menyeluruh kerana mereka bukannya berkuasa penuh.

Sempena bulan Ramadan ini, Najib Razak dan semua kepemimpinan Umno perlu bermuhasabah. PAS sudah menunjukkan sikapnya dengan menyatakan hasrat mahu menutup kelab hiburan malam walau ada penentangan. Dan Umno tak pernah membantu PAS dalam urusan itu, sebaliknya terus mencurah fitnah ke atas PAS. Sampai bilakah Umno mahu menukar faham hiburan mereka ini?

Firmah Allah SWT: “Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Hadiid, ayat 20)

Kita menulis begini kerana kasih sayang juga bukan kerana benci keterlaluan. Kasih sayang tidak boleh disukat, diukur dengan kemanjaan, belaian dan kata-kata lunak, puji-pujian sahaja, malah menegur itu pun adalah lambang kepada kasih sayang juga.

Pepatah Melayu ada menyebut, "Sayangkan anak tangantangankan, sayangkan isteri ditinggalkan...”

Di sini, jika Najib Razak benarbenar cintakan Rosmah, maka janganlah dibawa Rosmah ke luar negeri. Tinggalkanlah Rosmah di Malaysia jika beliau ada urusan kerajaan di luar negara. Itu pelajaran terawal.

Tapi, bukanlah hal itu sahaja yang kita ingin sampaikan. Pesan yang ingin kita kirimkan adalah, jika kita sayangkan rakyat, maka jangan dijinakkan, dilunakkan perasaan mereka dengan hiburan keterlaluan. Berilah ruang dan kesempatan yang banyak ke arah nasihat keagamaan. Itu pesanan kedua.

Pesanan terakhir, jika sayangkan anak maka kita tinggalkan, sayangkan isteri ditinggalkan, maka jikalau kita sayangkan Najib, maka guling-gulingkanlah beliau! Guling bukan kerana benci, tapi kerana sayang.

Tiada ulasan: