"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

kenapa kos projek MRT boleh melambung naik dari RM37 bilion jadi RM100 bilion

Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR 5 Julai: KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul.

MRT merupakan projek infrastruktur terbesar di Malaysia dan dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Laluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mempunyai 31 stesen, melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras.

Tiada ulasan: