"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan Uncle Seekers mengikut OSA

Zulaikha Zulkifli
Penulis blog Syed Abdullah Husein Al-Attas yang lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers ditahan polis di Senawang, Negeri Sembilan pada malam tadi.

Timbalan ketua jabatan siasatan jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata ketika dihubungi Malaysiakini berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi.

Anak kepada penulis buku politik popular Syed Hussein Alattas itu kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor.

Tambahnya, lelaki tersebut ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun dalam operasi berkenaan.

Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan petang ini, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Laporan pada Ahad lalu menyebut tiga puluh individu membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal itu berhubung penyiaran artikel dalam blog uncleseekers.blogspot.com.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

Tiada ulasan: