"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa saudara saya bukan penyokong tegar PAS di Pulau Bahagia

Mohammad Faizal Che Yusof
MUSIM menjelang pilihanraya merupakan musim individu-individu yang dikatakan tegar menyokong PAS menyerahkan boring menyertai UMNO.

Di mana saja pemimpin utama Negara berkunjung, maka berlakulah penyerahan boring yang dikatakan secara besar-besaran

Tidak ketinggalan kunjungan TPM ke Pulau Bahagia dalam DUN Manir, Terengganu semalam turut mengulangi agendan tradisi pemimpin UMNO iaitu menerima borang keahlian.

Pelbagai kisah diangkat termasuklah penyerahan boring keahlian tersebut dilakukan oleh penyokong selama ini tegar bersama PAS.

Dalam keghairahan itulah, kadangkala sering terjadi pimpinan utama UMNO diperdaya oleh juak-juak mereka sendiri.

Apa yang terjadi di Pulau Bahagia kelmarin satu lagi contoh bagaimana mudahnya TPM diperdaya oleh pembodek yang berada di sekelilingnya.

Kemasukan lebih dari 300 orang ke dalam UMNO yang salah seorangnya dikatakan penyokong tegar UMNO terus diulangi. Penyokong tegar UMNO tersebut ialah Hassan Tahir yang dilaporkan secara meluas oleh media-media nasional.

Sebagai mengambil tanggungjawab keluarga dan mendokong gerakan Islam melalui PAS, saya menegaskan bahawa Hassan Tahir yang dilaporkan bukanlah seorang penyokong tegar PAS seperti dilaporkan.

Saya adalah anak saudara kandung kepada Hassan Tahir. Bapa saudara saya bukanlah seorang penyokong tegar kepada PAS selama ini.

Meskipun datuk saya dan bapa kepada Hassan Tahir iaini Che Tahir Che Muda adalah pendokong PAS yang dikenali seluruh DUN Manir dan lebih mesra di dipanggil dengan gelaran tokki A, ia tidak diikuti oleh bapa saudara saya, Hassan Tahir. Beliau tidak pernah terlibat secara aktif dan konsisten dalam aktiviti penyokong PAS.

Keluarga tokki A sememangnya diketahui merupakan kelompok pendokong dan penyokong PAS yang dikenali seluruh DUN Manir terutamanya di kampong Pulau Bahagia. Penyerahan borang oleh Hassan Tahir sebagaimana dilaporkan sedikit pun tidak menjejaskan sokongan dan dokongan keluarga tokki A kepada perjuangan Islam oleh PAS.

Apa yang boleh saya simpulkan, hasrat dan harapan TPM agar keluarga tokki A berganjak dari menyokong perjuangan PAS kepada perjuangan sempit UMNO bagi memenangkan clon UMNO di DUN Manir adalah sia-sia. Saya berpandangan beliau hanyalah diberi maklumat salah oleh penasihat-penasihat yang berkepentingan di sekelilingnya. - 9 Safar 1434H.

Tiada ulasan: