paklongdin
Amboi, bersopannya Awie, bertutup litup...
Salam semua...
Rasanya dah dekat tiga minggu Pak Long tak gelak. Lawak yang Mak Long hang buat bukan selalunya lawak sangat pun. Pak Long buat-buat gelak ja bila Mak Long buat lawak, jaga hati. Tapi hari ni Pak Long gelak sungguh. Bukan main-main punya gelak, gelak gulin-gulin... Keraih perut Pak Long, berayaq mata-mata punya gelak...
Tak sangka sungguh Pak Long orang Umno pandai buat lawak... boleh kencin manih Pak Long punya dok gelak ke depa...
Hadoiih... koi pelan merapu dah budak-budak Umno neh. Ada ka depa ambik Awie jadi ketua kempen benteraih maksiat, hilang akai ka hapa... Berita yang budak Awie ni beria-ia sangat pertahankan kelab malam dia tu pun tak dan nak sejuk elok lagi, tup-tup keluaq berita dia nak mendidik masyarakat amalkan nilai murni, sayang kat bangsa, agama dan negara. Dalam kelab malam dia tu semua kena pakai tudung litup kot, ka tempat budak-budak pi mengaji...
Alahai Umno oii, hangpa ambik tokey kelab malam ketuai kempen banteraih maksiat neh sama la dengan Mahathir diangkat jadi ketua kempen banteraih rasuah, atau iktiraf Rosmah jadi suami mithali, atau ambik Taib Mahmud jadi ketua kempen anti membalak, atau lantik pengerusi SPR, si Aziz tu jadi ketua kempen pilihanraya bersih dan adil... Punah habih la Malaysia...
Betoi la kata Mak Long hang, orang Umno ni memang suka buat lawak... haha... Tapi macam besa la, Pak Long tetap berharap yang terbaik dari Allah jua tuk semua hamba-hambaNya... Jadilah hamba yang sebenaq-benaq hamba pada Allah s.w.t, bukannya hamba pada harta dan dunia...
Wassalam...
1 ulasan:
Warak apa...pakai tatu dekat badan dia nih...apa nak jadi
Catat Ulasan