ANKARA: Seorang pesakit di Turki dilaporkan mengalami gangguan personaliti berganda yang turut menyebabkannya ketagih minum darah, menurut jurnal Psikoterapi dan Psikosomatik diterbitkan, kelmarin.
Lelaki berumur 23 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu didakwa sering menghiris tangan dan anggota tubuh lain untuk mendapatkan darah.
Dr Direnc Sakarya di Hospital Tentera Denizli, barat daya Turki berkata, ketagihan yang membahayakan diri lelaki tersebut berpunca daripada masalah kecelaruan identiti terpisah (DID) gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan kemurungan kronik.
"Gangguan dalaman itu juga antara penyebab utama pesakit menjadi seperti puntianak. Pesakit mula menunjukkan simptom penyakit tersebut selepas melalui pelbagai pengalaman sedih melibatkan kematian ahli keluarga dan pembunuhan kejam rakannya," jelasnya.
Menurutnya lagi, rawatan yang dijalankan selama enam minggu berjaya mengatasi masalah ketagihan darah, namun gejala DID masih berterusan. - LiveScience.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan