"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sudahkah Musa Hasan jumpa kepintaran pembangkang?

Subky Abdul Latif
Saya sengaja hendak menyalin semula 12 perkara jaminan PAS upayakan Melayu dan Islam apabila bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya membebaskan Putrajaya seperti yang disenaraikan dalam keluaran Harakah 8 – 10 Februari lalu.
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berasaskan prinsip-prinsip di atas.
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu/Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha pengupayaan Melalyu.
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkilatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah.
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain.
7. PAS tetap akan memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam.
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melalyu yang bebas rasuah dan penyelewangan di semua peringkat kepimpinan bermula daripada kepimpinannegara hingga kepimpinan komuniti.
9. PAS tetap akan mempertahankan Tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan rakyat yang mempunyai kpentingan Melayu/Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu.
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi tidak bertentangan dengan syarak,sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang.
11. PAS tetap akan mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elimen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan.
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jati diri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Yang disenaraikan di atas adalah antara contoh pelan, program dan otak pembangkang bagi membangunkan bangsa dan negara.

Ia baru mengenai memperkasakan Melayu. Belum lagi pelan dan program ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain yang diperlukan oleh sebuah pembangunan negara.

Adakah Tan Sri Musa Hassan sudah membaca, mengkaji dan mendengarnya? Kalau beliau rajin sedikit membuat penyelidikan, maka dia akan jumpa banyak kualiti dan keupayaan pembangkang untuk mentadbir negara jika diberi peluang.

Tiada ulasan: