"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin, Zuraida Menhancurkan Imej Mereka D Dalam Parti

Blog wfauzdin.blogspot.com

PRU 13 sudah berlalu. DS Anwar Ibrahim dengan beberapa orang 'pendekar'nya terus buat kerja menemui rakyat untuk memberitahu rakyat mengapa kita menolak keputusan PRU 13 yang lalu. Peraturan dan undang-undang juga dipatuhi di mana petisyen kini sedang disiapkan untuk difailkan di mahkamah, di dalam masa yang sama rakyat juga perlu diberitahu mengapa petisyen ini perlu dibuat kerana kita tiada media radio atau TV untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.

Di dalam kesibukan DS Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata-rata negeri, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin terus mendapat kecaman dari ahli-ahli parti. Azmin sepatutnya bersama-sama DS Anwar, paling tidak pun Azmin sesekali turun membantu DS Anwar Ibrahim kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Setiap program "BLACK OUT 505", DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum akan ditemani oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah. Sdr Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan beberapa orang yang lain sentiasa bersama membantu Ketua Pembangkang ini. Di mana Azmin? Ketua Wanita, Zuraida juga di mana?

Azmin Ali awal-awal lagi sudah nyatakan sikap "tidak perlu berdemo" setiap hari, minggu atau bulan. Beliau mahu DS Anwar Ibrahim terima sahaja keputusan PRU 13 walaupun semua maklum, mustahil Umno/Bn boleh menjadi kerajaan jika tidak dengan menipu. Tetapi Azmin Ali buta perut, Zuraida pula besarkan perut duduk sahaja melihat Ketua Serikandinya, Siti Aishah yang sering membantu DS Anwar Ibrahim.

Azmin dan Zuraida, dua pasangan yang kini menjadi perhatian ahli-ahli PKR khasnya. Terlalu banyak kesilapan yang telah mereka lakukan. Sikap menghormati Ketua Umum dan Presiden PKR sudah tiada lagi. Mungkin beliau merasa sudah hebat apabila memenangi Kerusi Parlimen dan Dun di Selangor dengan jumlah undi yang besar. Zuraida pun sama. Kecaman Ketua Wanita ini terhadap pimpinan PAS dan DAP di dalam isu perlantikan MB Selangor sudah cukup untuk membuatkan beliau akan menerima akibatnya selepas ini.

Hari ini ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah merancang untuk mempastikan Azmin dan Zuraida tidak lagi berada di Saf hadapan parti, kecuali kedua-dua mereka mempunyai kekuatan jiwa dan keberanian untuk memohon maaf kepada ahli-ahli parti dan rakan-rakan di dalam PR. Jika tidak, PKR bakal menyaksikan jawatan Timbalan Presiden PKR akan ditandingi di dalam pemilihan parti tidak beberapa lama lagi. Jika Azmin mempunyai hajat untuk menentang Presiden, baik lupakan sahaja. Azmin belum layak untuk berada di Kerusi itu.

Langkah paling bijak jika mahu selamat di dalam parti, Azmin dan Zuraida mesti meminta maaf .

2 ulasan:

umno lama berkata...

Penulis ni dah disesatkan mindanya dgn fakta yg tak lengkap. Kaji dulu kesinambungan pengorbanan azmin. Semua tahu dan dah terbukti kesetiaan azmin. Andainya anwar dah tiada nanti, azminlah yg selayaknya jadi pengganti. Ini adalah proses utk azmin utk menjadi lebih matang dlm politik.

cucukerinci berkata...

Dua org ni jgn nak tunjuk lagak macam hebat sangat...Tanpa sokongan PAS, DAP dan ahli setia PKR jgn harap kamu nak capai kedudukan seperti hari ini.
Bercakap tu jgn ikut sedap mulut je,,kurang ajar...INGAT sebelum terlambat...