"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dulu budak ini pada usia 2 tahun ketagih rokok, sekarang ketagih makan

Pada usia dua tahun, Aldi Rizal mengejutkan dunia kerana tabiatnya yang suka merokok.
budak kuat merokok ardi rizal3budak kuat merokok ardi rizal4
Kini, Aldi, 5, berjaya berhenti merokok, tapi memiliki ketagihan baru, makanan. Aldi menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa apabila dirakam menaiki basikal roda tiganya sambil merokok di sebuah kampung di Sumatera.

Laporan itu menyebabkan kerajaan Indonesia melancarkan kempen membanteras tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak dan menganjurkan program pemulihan khas untuk Aldi berhenti rokok.

Aldi dibawa ke Jakarta menjalani terapi selama dua minggu bagi membantunya melupakan tabiat menghisap 40 batang rokok sehari.

Usaha itu berjaya, tapi Aldi masih tidak menjalani hidup secara sihat.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi.
Ardi Rizal menyukai makanan ringan dan banyak makan nasi berlaukkan daging ayam.
budak kuat merokok ardi rizal
Ardi Rizal bergaya di depan wartawan asing.
budak kuat merokok ardi rizal2
Sejak berumur dua tahun Ardi kuat merokok tetapi tabiat itu berjaya dikurangkan.
Ibunya, Diane Rizal, 28, mengaku masih ada yang menawarkan rokok, tapi Aldi menolak.
Bagaimanapun Diane kini bimbang terhadap berat badan Aldi yang beralih kepada makanan.

Malah, perangai Aldi kini sama seperti ketika dia meronta-ronta meminta rokok, bezanya kali ini dia meminta makanan.

“Pada awal berhenti rokok, Aldi meminta mainan. Dia akan menghantukkan kepala ke dinding jika tidak dapat apa yang diingininya.

“Rumah kami didiami ramai orang dan sukar menghalang Aldi memperoleh makanan,” katanya.

Ibu dan bapanya sudah mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan mereka dinasihati supaya memberi makanan sihat kepada Aldi.

“Tubuh Aldi terlalu berat, tidak sesuai untuk usianya. Dia makan terlalu banyak karbohidrat,” kata pakar pemakanan Fransisca Dewi. – Agensi

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Ada jugak badak yang dulunya suka sangat berendam dalam air. Samapi kembang tak kuncup2 kini sudah pandai naik jet.

Lupa pada air.. sayang juga sebab tak cerdik-cerdik dianugerahkan akal bila naik taraf jadi manusia.

Nak buat gena dah spesies badak, jadi badaklah dia. Pengikut Prof. tu pun dah bodoh macam badak.

Rugi dok dibumi kalau tidak dimanfaatkan kelebihan badak bila jadi manusia.

Tak pasal dosa silam ditambah dengan dosa akan datang tak padam-padam. Prof yang berbudi tinggi dolu-dolu tu pun alih-alih balik tangan kosong.

Al Fatihah pada Ahmad Ammmar dalam kenangan.