"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mahu Lee Chong Wei dipilih calon BN Kajang

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat MCA perlu meletakkan calon yang popular untuk mengatasi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, jika MCA meletakkan calon tempatan yang dikenali ramai tetapi ia tidak dapat mengatasi populariti Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia.

“Justru itu saya mencadangkan supaya MCA meletakkan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN di Kajang,” katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata jika Lee Chong Wei menjadi calon BN, ia dapat “divert” pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Katanya, jika MCA pernah meletakkan pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di parlimen Kota Melaka pada tahun 1986, apa salahnya MCA meletakkan Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia juga.

Zahidi menambah jika MCA meletakkan calon baru, BN akan kalah teruk kerana para pengundi belum mengenali calon tersebut.

“Sebaliknya jika Lim Chong Wei bertanding, para pengundi sudah mengenali beliau dan tidak mustahil beliau dapat membuat kejutan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Tiga hari lepas, Lee Chin Cheh telak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang. Keesokannya walaupun SPR belum bermesyuarat menetapkan tarikh hari penamaan calon, PKR sudah mengumumkan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sebagai calon dalam RK tersebut.

SPR akan bermesyuarat pada 5 Februari ini untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi.

Tiada ulasan: