"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalimah Allah, bughah: Harussani, Nooh Gadot dikecam

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun.

“Kalimah Allah djadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa smua kufur ke?” kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan.

Beliau berkata: “Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Khalid juga marah terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.

“Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO!

“Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata,” kata Khalid.

Seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.

Pengguna Twitter @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?”

Khalid lantas menjawab: “Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?”

Tiada ulasan: