"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis syariah tangkap 12 lelaki gay rancang kahwin

KANO, Nigeria: Polis syariah menangkap 12 lelaki homoseksual kerana merancang perkahwinan di sini tetapi membebaskan 10 daripada mereka tidak lama kemudian, kata seorang jurucakap pihak berkuasa kelmarin.

Perkahwinan gay dan hubungan sejenis serta keanggotaan kumpulan homoseks telah diharamkan pada Januari 2014 oleh Presiden Goodluck Jonathan walaupun mendapat tekanan Barat.

Barat sebelum ini mengancam akan menamatkan bantuan kepada Nigeria jika undang-undang yang menghukum golongan gay diluluskan.

Penduduk Nigeria terbahagi kepada penganut Kristian di selatan dan orang Islam di utara negara berkenaan.

Walaupun berbeza agama, sentimen antigay di negara Afrika berkenaan cukup meluas.

Seorang jurucakap pihak berkuasa syariah, Mohammed Yusuf Yola berkata, semua lelaki itu ditangkap di lokasi upacara perkahwinan tersebut di pinggir bandar ini berdasarkan maklumat orang ramai.

“Ia masih di peringkat tuduhan tetapi apabila kami memeriksa suspek, mereka benar-benar kelihatan seperti gay dan berkelakuan gay.

“Sebanyak 10 daripada 12 suspek berkenaan dibebaskan selepas ibu bapa masing-masing menandatangani kenyataan untuk menghalang anak mereka daripada terlibat dalam aktiviti tersebut.

“Mereka akan diserahkan kepada polis untuk didakwa jika ditangkap sekali lagi,” tambah Yola.

Undang-undang antigay Nigeria menetapkan hukuman penjara sehingga 14 tahun terhadap hubungan seks sejenis.
-Reuters/kosmo-

Tiada ulasan: