"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kita tahu siapa menyebabkan Melayu jadi Kita tahu siapa menyebabkan Melayu jadi begini

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: UMNO diberi kuasa sejak merdeka hingga kini. Sudah lebih setengah abad. Sejak zaman Perikatan hingga zaman Barisan Nasional. Dari dulu dan kini kesemua Perdana Menterinya Melayu. Sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak, semuanya Melayu. Tetapi pencapaian orang Melayu dalam banyak sektor masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan.

“Setiap kali saya round kampung-kampung Melayu dalam daerah Raub, saya akan menemui cerita sedih. Dari Ulu Semantan, Gesing, Cheroh, Ulu Lepar, Batu Malim, Ulu Sungai, Ulu dong, Pamah Rawas, Pamah Kulat, Tanjung Putus, Ulu Lepar, Gali, Sega, Ulu Atok, Kuala Atok, Chenua, masaalahnya sama - janji kerajaan dan nikmat syurga-loka hasil pemerintahan kerajaan Melayu tidak kesampaian.” Ulas Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz atau dikenali juga sebagai Sakmongkol AK47 dalam blognyasakmongkol.blogspot.com

Komen ini dibuat sebagai mengulas janji bulan bintang Najib dalam perhimpunan Melayu beberapa hari lalu.

“Ini kerajaan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Pengalaman saya satu penggal bersama kerajaan menyedarkan saya bahawa segala peruntukan yang diterjemahkan dalam bentuk projek dan program - semua nya 100% akan dicukai sebahagiannya oleh pembuat polisi dan pelaksana projek dan program. Itulah punca asas sekali mengapa polisi memajukan Melayu gagal.

“Lihatlah apa yang berlaku. Penghuni di dua buah pusat serenti dadah di Raub semuanya Melayu. PPRT semua oang Melayu. Apa yang berlaku di Raub berlaku serupa dalam daerah dan negeri lain. Rumah PPRT semua penghuni dan pemohonnya Melayu. Setiap tahun, pejabat daerah mampu buat 200 unit, pemohonnya - semua Melayu ada 10,000,” hujahnya lagi yang juga Ahli Parlimen Raub.

Beliau turut menegaskan bahawa punca masalah orang Melayu hari ini datangnya daripada pemimpin Melayu sendiri sendiri khusus Umno.

“Siapa yang memerintah negara ini sejak 1955? Umno dari perikatan sehingga BN. PM semua Melayu. Menteri majoriti Melayu. KPN semua Melayu. Ketua tentera Malaysia semua Melayu. Raja - semua Melayu. KSN semua Melayu. KSU kementerian - 99% Melayu. Pengarah jabatan kerajaan - 99% Melayu. SUK negeri - semua Melayu. MB - semua Melayu (kecuali Pulau Pinang). Exco - ramai Melayu. DO? Semua Melayu. Ketua-ketua kerajaan tempatan? Semua Melayu.

"Semua peringkat pembuat keputusan ialah Melayu tapi, bangsa Melayu masih terkebelakang. Dari 10 billionaire di Malaysia - 8 orang Cina, 1 India dan 1 Arab. Mana Melayu?  Masih terperangkap antara bulan dan bintang. Kalau ada 6-7 bangsa Melayu yang miskin dan ketinggalan - itu petanda hinanya bangsa Melayu. Dan kita tahu siapa yang menyebabkan Melayu jadi begini.” Tegasnya lagi

2 ulasan:

Unknown berkata...

SAYA TINGGALKAN UMNO KERANA SEBAB DINYATAKAN 20 TAHUN DAHULU.INI KERJA ORG. ATAS UMNO ERA dr.M. Curi harta rayat/negara ALA BRITISH sumber rujukan mereka. Nampak Baik sebenarnya kelengking berkait. Baik ada makna .... Rakyat merana, mereka kaya raya....AGENDA MELAYU HANYA MANIS DIBIBIR....JHO LOW n Ananda juga yang kaya ratusan juta atas dasar 1MDB yg. di ilhamkan oleh org MELAYU........rakyat menderita

Abdul Said berkata...

Bukti jelas orang Melayu tidak berilmu dan tidak pandai berfikir dan boleh ditipu oleh sesiapa sahaja berkali-kali jika orang yang menipu itu manis mulut!!