"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak lima tahun rayu ibu belanja gelandangan

ALABAMA, Amerika Syarikat: Seorang kanak-kanak lelaki di sini telah merayu ibunya agar membelikan makan malam untuk lelaki gelandangan yang duduk di luar sebuah restoran francais di Prattville baru-baru ini.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut, Ava Faulk memberitahu, anaknya Josiah Duncan, 5, tidak berhenti bertanyakan pelbagai soalan selepas melihat seorang lelaki yang kusut masai duduk sambil memegang sebuah beg di sebelah basikalnya di luar restoran Waffle House.

Duncan kemudiannya telah merayu ibunya membelikan lelaki tersebut makanan apabila Faulk memberitahu bahawa lelaki itu adalah seorang gelandangan dan tidak mempunyai rumah.

Selepas ibunya bersetuju dengan permintaannya, Duncan terus mempelawa lelaki gelandangan itu memilih makanan yang digemari.

Sebelum lelaki itu menikmati hidangan makan malamnya, Duncan kemudian mahu menyanyikan lagu berunsur ketuhanan sekali gus membuatkan 11 orang pelanggan lain dan lelaki tersebut menangis hiba.

“Melihat tindakan Duncan di Waffle House pada malam itu, sebagai seorang ibu, saya merasakan ia sesuatu yang amat bermakna sepanjang membesarkannya,” ujar Faulk. – Agensi
-kosmo-

Tiada ulasan: