"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 video kejadian bunga api 2017 meletup di tanah di Klang

FMT Reporters
PETALING JAYA: Kejadian bunga api meletup sebelum pertunjukan bermula di Klang tengah malam tadi dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang tercedera, lapor Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan, ketika kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran itu, bunga api yang digunakan untuk pertunjukan sempena sambutan ambang tahun baru 2017 meletup di tanah terlebih dulu sebelum sempat ke udara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Seramai 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala 3 lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan selanjutnya,” katanya dipetik daripada akhbar itu.


Tiada ulasan: