"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua wanita yang berstatus isteri ditahan JAIM kerana disyaki bersekedudukan

Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah hotel bajet dan empat rumah urut di sekitar Melaka Tengah awal pagi tadi.

Wanita berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun itu ditahan kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.

"Terdapat juga seorang wanita yang berstatus ibu tunggal membawa anak lelakinya berusia empat tahun di bilik hotel ketika ditahan bersama seorang lelaki yang didakwa sepupunya," katanya kepada pemberita.
-Bernama

Tiada ulasan: