"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki mengamuk serang ibu pejabat polis menggunakan parang (Gambar)


Purwokerto: Tiga anggota polis cedera selepas seorang lelaki berparang menyerang Ibu Pejabat Polis Banyumas di Jawa Tengah, kelmarin.

Saksi memberitahu, suspek, Mohammad Ibnu Dar, 22, yang menaiki sebuah motosikal masuk ke ibu pejabat polis berkenaan pada jam 10 pagi (waktu tempatan) dan terus serang seorang anggota polis, Ata Suparta.

Seorang wartawan akhbar Kedaulatan Rakyat, Driyanto yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkata, dia melihat anggota polis dan suspek terjatuh.

“Saya membantu Ata dan seorang anggota polis pula membantu lelaki itu tetapi suspek menyerangnya dengan parang menyebabkan mangsa cedera di tangan.

“Seorang lagi anggota polis cuba membantu tetapi dia juga diserang suspek dan cedera di kaki,” katanya.

Ketua Polis Banyumas, Azis Andriyansah berkata, pihaknya menyiasat punca suspek menyerang ibu pejabat polis itu dan tidak menolak penyerang terpengaruh dengan kumpulan Daish.

“Tiga anggota polis yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” jelasnya. – Agensi
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: