"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Pas patutnya tumbangkan BN, bukan PKR'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
SHAH ALAM: "Baru di peringkat kemungkinan," itu respon Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung sasaran Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14, termasuk dikerusi yang dipegangnya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, namun besar harapannya agar Pas menimbangkan perkara yang lebih penting sebelum bertindak sedemikian.

"Saya masih lagi berharap agar Pas meletakkan keutamaan menjatuhkan BN sebagai agenda keutamaan politik MALAYSIA," katanya ringkas kepada Sinar Online.

Terdahulu memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, parti itu meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Walau bagaimanapun, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.

Beliau berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Kerusi lain adalah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Pada PRU13 lalu, Nurul Izzah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai selepas mendapat 18,922 undi mengalahkan calon BN, Datuk Raja Nong Chik yang mendapat 14,940 undi.
-sinarharian

Tiada ulasan: