"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Sabu: Siasatan skandal Mindef, kementerian lain bermula lepas Raya

Looi Sue-Chern

MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berkata siasatan ke atas kemungkinan salah laku dan dakwaan penyelewengan membabitkan kemneterian itu akan bermula selepas Hari Raya.

Beliau berkata hanya selepas cuti perayaan, jawatankuasa siasatan khas yang diketuai bekas ketua audit negara Ambrin Buang akan memulakan kerja.

"Jawatankuasa perlu mencari kakitangan dan mencari pejabat. Ia merupakan tugas yang sukar. Tetapi saya yakin Ambrin boleh lakukan.

"Beliau bekas ketua audit negara. Beliau boleh lakukan audit forensik sekiranya perlu. Kuasa diberikan kepadanya oleh PM adalah luas," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya di Kampung Guar Petai hari ini.

Terdahulu bulan ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Ambrin dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas siasatan berhubung isu melibatkan tadbir urus awam, peruntukan dn kewangan.

Siasatan akan bermula dengan Kementerian Pertahanan.

Mohamad berkata kementeriannya akan berkongsi semua maklumat berkenaan kemungkinan skandal dengan jawatankuasa Ambrin.

"Saya ada dengar skandal dalam Mindef. Kami akan hantar jawatankuasa yang diketuai Ambrin semua maklumat yang ada.

"Kita tidak boleh bertindak hanya dengan khabar angin," katanya tanpa mengulas lanjut mengena skandal itu.

Tambah Mohamad, buat masa ini tiada garis waktu untuk jawatankuasa berkenaan melengkapkan siasatan, tetapi perkara itu akan dibincangkan dengan perdana menteri.

Tiada ulasan: