"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Warga Bangladesh raih RM2 bilion bawa masuk pekerja ke Malaysia

SEORANG ahli perniagaan warga Bangladesh yang didakwa mempunyai kaitan dengan kemasukan lebih 100,000 pekerja asing negara itu ke Malaysia meraih sekurang-kurangnya RM2 bilion pada tahun lepas sahaja, lapor akhbar The Star.

Ahli perniagaan itu yang berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia juga orang tengah penting yang memastikan perjanjian kerajaan antara kerajaan yang ditandatangani Malaysia dan Bangladesh pada 2016 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Perjanjian itu membolehkan hanya 10 syarikat Bangladesh untuk merekruit pekerja ke Malaysia, dan mengaut keuntungan selaku orang tengah, kata sumber tidak dinamakan kepada The Star.

Menteri Sumber Manusia baharu, M. Kulasegaran menggantung sistem pengambilan pekerja Bangladesh sehingga siasatan penuh dijalankan mengenai sindiket pemerdagangan manusia itu.

The Star melaporkan setiap pekerja perlu membayar RM20,000 kepada ejen di kampung masing-masing yang akan menggunakan sekurang-kurangnya dua lagi orang tengah sebelum sampai ke ejen tempatan yang dilantik kerajaan Bangladesh.

Separuh daripada jumlah wang berkenaan akan masuk ke kocek sindiket yang mengatur penerbangan dan permit kerja pekerja ke Malaysia.

Sumber menyebut ia sudah berlaku sejak hujung 2016, dan 100,000 lagi pekerja masih menunggu giliran mereka untuk masuk Malaysia.

“Datuk Seri itu juga berkongsi jumlah wang tersebut dengan ahli politik dan kakitangan kerajaan kedua-dua negara,” kata sumber dipetik akhbar itu.

Bagi memastikan kelancaran operasi dan melindungi kepentingan 10 syarikat terbabit, ahli perniagaan itu menubuhkan sistem pendaftaran dalam talian dikenali sebagai “Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing (SPPA)” bagi fungsinya hanyalah untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh.

SPPA digerakkan oleh sebuah syarikat swasta, Bestinet Sdn Bhd, yang dilaporkan milik bekas menteri dalam negeri Azmi Khalid yang juga membangunkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan Jabatan Imigresen untuk permohonan visa pekerja asing.

“Majikan diperlukan untuk membayar RM305 untuk setiap pekerja yang digaji dari Bangladesh di bawah SPPA. Wang yang dikutip adalah upah perkhidmatan disediakan Bestinet untuk penyerahan pekerja kepada majikan mereka menerusi 10 syarikat itu,” kata sumber.

Sebelum SPPA dan orang tengah wujud, pekerja yang datang ke Malaysia hanya perlu membayar antara RM7,000 dan RM8,000 seorang, lapor The Star lagi memetik kenyataan Chirara Kannan, pemilik syarikat perunding perkhidmatan untuk beberapa majikan.

Kulasegaran berkata proses rekruitmen itu “kacau bilau” kerana pentadbiran BN menjadikan ia satu perniagaan untuk “keuntungan individu tertentu”.

“Kami sedang menyiasat dan dalam proses membetulkan masalah ini. Ada perbincangan sedang berlaku di semua peringkat untuk perkara ini dan saya percaya kita akan dapat cari penyelesaian tak lama lagi,” katanya.

Buat masa sekarang, Malaysia kembali menggunakan sistem lama yang mana kerajaan bertindak mengurus sendiri proses pengambilan pekerja asing, kata Kulasegaran lagi.

Tiada ulasan: