"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM tahan bekas Adun Kedah disyaki seleweng RM30,000

Bernama
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang bekas Adun negeri ini bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana khas menteri besar sebanyak RM30,000.

Sumber SPRM berkata, bekas Adun berumur lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira 4 petang semalam.

Menurut sumber itu, lelaki berkenaan disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari 2017 dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan wang itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sumber itu berkata, bekas Adun berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi Bernama malam tadi mengesahkan penahanan itu.

Tiada ulasan: