"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Tuan Ibrahim jumpa paderi, kata AMANAH

MALAYSIA DATELINE
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin merakamkan tahniah kepada Pas Pusat kerana penganjuran Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengahari Pas Pusat bersama Gereja Malaysia di Hotel de Palma Ampang pada 1 Sept 2018 lalu.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Most. Rev. Archbishop Emeritus Tan Sri Murphy Pakiam.

Menurut beliau, acara sebegini memberi impak yang sangat positif ke arah pengukuhan jalinan keharmonian interaksi antara budaya yang memenuhi sebahagian daripada makna gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang mahu diarusperdanakan di negara ini.

“Mengiktiraf dan meraikan kepelbagaian melalui pertemuan ramah mesra, dialog dan perkongsian usaha membina negara yang harmoni untuk selesa didiami oleh segenap lapisan warganya harus diperkasakan sebagai agenda bersama oleh semua pihak.

“Penghayatan falsafah li ta’arafu – saling kenal mengenal, faham memahami dan bantu membantu antara sesama warganegara atas asas kemanusiaan dan kewarganegaraan adalah tuntutan Islam sebagai agama rahmah.

“Malah Rasulullah S.A.W sendiri begitu giat menjalin dan memperkasa hubungan kemanusiaan dengan pelbagai pihak sehingga Madinah menjadi sebuah Daulah Nabawiyyah yang aman dan selesa untuk dihuni oleh semua warganya dan sesiapa sahaja,” kata beliau menerusi akuan Facebooknya semalam.

Jelas Zolkharnain, inilah harapan rakyat untuk Malaysia tercinta ini, kepelbagaian adalah keistimewaan negara ini.

“Dengan kepelbagaian inilah kita bekerjasama padu dan erat untuk memacu negara ini menjadi negara rahmah untuk semua,” tambahnya.

Tiada ulasan: