"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini, Anifah pula keluar Umno

Robin Augustin

PETALING JAYA: Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman pula keluar Umno, kurang 24 jam selepas peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut sumber yang rapat, Anifah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Tidak jelas lagi mengapa Anifah yang juga ahli parlimen Kimanis, meletak jawatan dari Umno atau beliau menyertai parti lain.

Awal tahun ini, Anifah bersama Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak berganjak dari Dewan Rakyat sedangkan ahli parlimen pembangkang yang lain keluar dari dewan selepas Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Rakyat ke-14.

Usaha FMT untuk menghubungi Anifah tidak berjaya.

Semalam, Mustapa, yang bersama Umno selama 40 tahun, keluar dari parti itu mengatakan hala tuju parti itu tidak selari dengan prinsipnya.

Umno memenangi 54 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14.

Sejak itu, 5 ahli parlimen keluar dari parti tersebut: Anifah, Ahli Parlimen Jeli Mustapa, Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali.

Tiada ulasan: