"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'PAS rapat dengan Umno, penyokong jadi ahli Amanah'

Bernama
Kerjasama antara PAS dengan Umno memberikan kelebihan kepada parti gabungan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dalam memperkukuhkan jumlah keanggotaannya.

Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah berkata kerjasama oleh kedua-dua parti pembangkang itu antara penyumbang kepada pertambahan anggota kepada parti-parti gabungan PH.

"Kita tengok perkembangan politik hari ini khas di Kelantan apabila PAS rapat dengan Umno ramai penyokong akar umbi daripada kedua-dua parti cederung hadir untuk menjadi anggota Amanah dan anggota kepada parti gabungan lain.

"Ini kerana kedua-dua parti itu dilihat ketika ini tidak boleh diharapkan oleh kedua-dua penyokong mereka," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Keanggotaan Parti Amanah Negara Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, yang menyaksikan 1,154 orang menyerahkan borang bagi menyertai Amanah.

Wan Rahim berkata kerjasama antara dua parti itu hanya dimahukan oleh pemimpin mereka sahaja sebaliknya ia kurang disenangi oleh penyokong dan anggota parti.

"Mereka tidak boleh menerima antara satu sama lain, orang PAS tidak percaya kepada orang Umno begitu juga orang Umno tidak percaya kepada orang PAS. Oleh itu mereka memilih menyertai kami (PH) dan ia terbukti apabila hampir 60 cawangan Amanah di Kota Bharu ditubuhkan oleh bekas-bekas penyokong Umno yang kecewa dengan kerjasama itu," katanya.
-Bernama

Tiada ulasan: