"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Saya lebih percaya lembaga zakat dari Ustaz KJ' - Wan Saiful

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran zakat yang dibuat oleh institusi itu selepas mendapat nasihat lembaga zakat.

Beliau menjawab kritikan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bahawa pembayaran tersebut tidak perlu dibuat memandangkan PTPTN bukan sebuah perniagaan dan malah kini menanggung hutang.

Khairy juga mempersoalkan pembayaran itu di saat PTPTN masih bergelut dalam isu kutipan hutang daripada peminjam.

Wan Saiful berkata beliau tidak berminat untuk mempolitikkan isu pembayaran zakat PTPTN.

"Ustaz Khairy boleh berfatwa sendiri, tetapi saya lebih percaya kepada ilmuwan Islam dalam lembaga zakat berbanding mereka yang mahu mempolitikkannya.

"Pembayaran dibuat di semua negeri, termasuk yang bukan di bawah Pakatan Harapan. Saya tidak berminat menjadikan kewajiban agama sebagai isu politik," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Baca: PTPTN perjelas isu bayar zakat

Menurut laporan tahunan PTPTN, agensi itu telah menyiarkan keuntungannya sejak tahun 2011.

Setelah pemeriksaan yang lebih teliti, keuntungan ini hanya dimungkinkan kerana geran oleh kerajaan persekutuan yang berjumlah RM1,881,170,970 pada 2016.

Tanpa geran tersebut, PTPTN akan mencatatkan kerugian besar setiap tahun sepanjang tempoh keseluruhan.

Semalam, PTPTN dalam kenyataan menjelaskan pihaknya wajib membuat pembayaran itu kerana mendapat untung daripada pelbagai pelaburannya.

PTPTN juga menjelaskan ia telah mendapatkan pandangan daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembaga Zakat Selangor sebelum membayarnya.

Setakat ini, badan itu telah membayar zakat di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah.

Tiada ulasan: