"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakaman detik kumpulan band Seventeen dibadai tsunami

FMT Reporters

Siapa sangka ketika sedang menghiburkan sekumpulan pengunjung Tanjung Lesung Beach Resort di Pandeglang, band Indonesia, Seventeen dibadai ombak tsunami sekaligus menelan beberapa nyawa.
Detik ngeri dilanda gelombang tinggi tsunami saat Seventeen membuat persembahan sempat dirakam oleh seorang pengguna dipercayai menggunakan telefon bimbitnya kini tular di laman sosial.

Tsunami melanda Pantai Barat Wilayah Banten, Indonesia pada jam 9.30 malam waktu tempatan ekoran letusan Gunung Anak Krakatau.

Beberapa anggota Seventeen dilaporkan hilang dan terkorban dalam insiden itu.

Seperti yang dipaparkan dalam video berdurasi 51 saat, pada saat ke-46 menunjukkan momen cemas di mana ombak tsunami melanda dari arah belakang pentas dan terus membadai anggota kumpulan serta penontonnya.

Buat masa ini, anggota Seventeen, Bani disahkan maut manakala 3 lagi anggota kumpulan iaitu Andi, Herman dan Ujang hilang dan belum ditemui.

Perkara itu dikongsi oleh vokalis kumpulan ini, Iffan dalam laman Instagram manakala pengurus mereka, Oki Wijaya juga turut maut dan isteri kepada vokalis, Dylan Sahara masih belum ditemui.

Seventeen merupakan sebuah band muzik pop rock asal Indonesia dari Jakarta. Kumpulan banda ini diwujudkan pada tahun 1999 di Yogyakarta.

Buat masa ini, kumpulantersebut mengeluarkan 4 album iaitu Bintang Terpilih (1999), Sweet Seventeen (2005), Lelaki Hebat (2008), Dunia Yang Indah (2011), 5ang Juara (2013) & Pantang Mundur (2016).

Kredit: DenaiHati

Tiada ulasan: