"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KENAPA JADI BEGINI?

Shahbudin Husin

Sebelum ini pada 3 November 2020, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imuninasi, Khairy Jamaluddin berkata, tempahan mana-mana vaksin hanya akan dibuat setelah ia diluluskan Kementerian Kesihatan.

Katanya, vaksin perlu diluluskan Kementerian Kesihatan sebelum tempahan boleh dibuat.

Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membeli vaksin Covid19 ialah RM3 bilion.

Tetapi, dalam kes vaksin Sinovac dari China yang tiba awal pagi semalam di KLIA,!kita nampaknya membeli dulu dan kemudian baru dihantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA Kementerian Kesihatan untuk proses ujian.

Menurut Khairy Jamaluddin atau KJ, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada bahagian tersebut untuk membuat penilaian secara bebas tanpa sebarang tekanan. 

KJ turut memberitahu beliau tidak tahu bila kelulusan ujian akan diperolehi.

“Jawapan saya jelas, saya tidak fahu dan tidak boleh tahu bila sebab NPRA buat kerja secara bebas dan berkecuali.

“Saya juga tidak boleh tanya Pihak Berkuasa Kawalan Dadah atau PBKD bila hendak lulus.

“Jadi, jawapan yang tepat ialah saya tidak tahu bila vaksin Sinovac akan diluluskan,” tegasnya lagi.

Vaksin Sinovac buatan China yang tiba di KLIA awal pagi semalam dalam jumlah 200 liter atau untuk 300 ribu dos suntikan.

Ia kemudian dihantar ke kilang Pharmaniaga untuk dibotolkan.

Beberapa menteri kabinet turut berada di KLiA menyambut ketibaan vaksin tersebut.

Soalnya, kenapa kita membeli vaksin itu terlebih dahulu sebelum ia diluluskan?

Bagaimana jika Sinovac tak lulus ujian?

Atau oleh kerana ia sudah dibeli, maka ia dijamin akan lulus? (Shahbudindotcom 28/02/2021)

Tiada ulasan: